Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mat Sabu akan ketuai demonstrasi jika PRU 13 dicemari penipuan


 KUALA LUMPUR — Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu.
Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portal Harakahdaily.
Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan.
Tahun lalu, perhimpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April turut menyaksikan peserta perhimpunan bertempur dengan pihak berkuasa.
Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air apabila kawasan Dataran Merdeka yang telah pun diharamkan oleh mahkamah untuk perhimpunan dicerobohi.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari lalu berjalan secara aman apabila pihak berkuasa memberi kebenaran untuk perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka, tempat Tunku Abdul Rahman memproklamasikan kemerdekaan.
Buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan berjalan tanpa sebarang insiden apabila Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui ketuanya Tan Sri Ismail Omar berikrar untuk memastikan perhimpunan 12 Januari menjadi “peristiwa bersejarah”.
PRU 13 perlu diadakan selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada 28 April akan datang.
Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac.
Parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang menubuhkan PR mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu

0 Komen pengunjong :