KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran
kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi
peluang menjadi perdana menteri.
Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir
terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan
Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.
“Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada
negara. Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri
duit rakyat, merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan
kronisme yang menjahanamkan negara,” katanya ketika dihubungi.
Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir
sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika
masih di dalam kerajaan.
“Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan
sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian
kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga
berkembang pesat.
“Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang
menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang
melingkupkan negara,” tegasnya.
setuju dgn yb johari...bila pr perintah malaysia nanti puak2 ni MESTI dihukum!!!!!
ReplyDeletesalam...aku teringin nak tengok Najibtuya..rosmaharamjadah.. mahaktuiihh..muhyidinok..soi lektuiihh.. musa hassan..&balachi2 serta anjing2 keparat umngok ni masuk lokap..sebab depa x ubah sperti dajjal.. mnyerupai manusia yg memesongkan aqidah rakyat..begitu gak perkasa hapraaakkk!!! bikin huru hara saja..depa x pkir pe hukum aniaya rakyat dn rompak hasil milik rakyat... aku percaya pada Allah s.w.t akn memberi hidayah baru pad mlysia..dan melaknat mereka (umngok)di dunia dan akhirat..ameen..
ReplyDelete