Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lelaki dikatakan pegawai ‘BTN’ berucap kepada pelajar agar menyokong BN


KUALA LUMPUR, 22 Jan — Sebuah klip video muncul di YouTube yang menunjukkan seorang lelaki dikatakan pegawai Biro Tata Negara (BTN) berucap kepada pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Pandan Indah agar mendapatkan sokongan keluarga mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan menendang keluar Pakatan Rakyat (PR) dari kerajaan negeri Selangor. Klip video empat minit setengah bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” dimuatnaik di laman perkongsian video itu pada 9 Disember lalu diterbitkan semalam oleh penulis blog Anak Sungai Derhaka dan portal berita Harakahdaily.
Kedua-dua memperkenalkan lelaki tersebut yang dianggap dari BTN, sebuah agensi kerajaan. Tiada pengesahan bebas tentang identiti lelaki itu walaupun peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan ahli politik tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di sekolah.
Dalam itu, pegawai tersebut merujuk penonton sebagai pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah dan kemudian merujuk mereka sebagai pelajar Tingkatan Enam.
Bercakap dalam Bahasa Malaysia, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana menjemputnya memberi ucapan bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” yang disusuli dengan tepukan dan ketawa terbahak-bahak, termasuk komen bersifat menghina “dia dijemput dia kata”.

Lelaki yang dianggap dari BTN. — Gambar diambil dari video

Lelaki, berpakaian baju F1 yang terkenal dikalangan pekerja agensi kerajaan, memberitahu pelajar Selangor dahulu hanya mempunyai 1,500 pusat hiburan, kedai judi dan tempat minum arak berlesen dan tidak berlesen dizaman BN akan tetapi apabila PR mengambil alih, ia meningkat kepada lebih 5,000. “Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak Islamik dan berbohong kepada rakyat serta tidak menunaikan janji-janji mereka semasa pilihan raya 2008. Saya berharap adik-adik semua beritahu kepada ibubapa bahawa kerajaan Pakatan rakyat ini telah menipu rakyat negeri Selangor,” katanya disambut dengan tepukan oleh hadirin.
Beliau juga menyuruh pelajar memberitahu ibubapa mereka agar ke pejabat kerajaan tempatan dan menuntut mereka menutup semua pusat hiburan dan perjudian di negeri terkaya itu.
“Jadi adik-adik yang tingkatan enam ni, sama-samalah kita bersama dengan kerajaan Barisan Nasional, yakinkanlah bapak ibubapa adik-adik bersama Barisan Nasional untuk kita terus menghentam Pakatan Rakyat,” kata pegawai tersebut disambut dengan teriakkan “takbir”.
Klip video terbaru muncul seminggu selepas klip sebelum ini yang menunjukkan dewan penuh dengan mahasiswa menghadiri forum anjuran organisasi badan bukan kerajaan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), dilihat selari dengan BN.
Dalam klip tersebut, Presiden SW1M Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskeen mencaci pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani kerana mempersoalkan pembentangan mengenai elemen anti kerajaan.
SW1M dikritik hebat berkenaan dengan video klip tersebut sementara Sharifah Zohra menyalahkan pembangkang kerana menjadikan acara tersebut sebagai isu.
Malaysia sekarang sudah membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun keatas untuk mengambil bahagian dalam politik selepas halangan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ditarik balik.
Umur mengundi di Malaysia adalah 21 tahun keatas. Lebih kurang 25 peratus atau 3.3 juta daripada 13 juta pengundi berdaftar akan membung undi mereka buat pertama kali pada Pilihan Raya 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk minggu lalu beliau akan membubarkan parlimen tidak lama lagi dan mengadakan pilihan raya sebelum mandat BN berakhir pada 28 April.
BN sekarang mengawal 136 daripada 222 kerusi parlimen dan sembilan daripada 13 negeri di Malaysia selepas PR mencipta sejarah pada Pilihan Raya 2008.

1 comment :

  1. wei...tolonglah jangan jadi bodoh tertipu dengan video tu. mana ada student dalam video tu? satu kelibat pun takde! mamat tu cuma "main-main" berucap depan geng ofis dia yang tak berapa kerat tu je. tengok dan dengar betul-betul la, jangan terus jump into conclusion. toksah nak paranoid sangat boleh tak? nanti tak pasal-pasal orang kata awak fitnah. memalukan orang-orang PR je!

    ReplyDelete