Biasanya
bila tiba dekat musim pilihanraya umum, macam-macam tawaran dibuat oleh
kerajaan. Tak kiralah kerajaan persekutuan atau negeri. Sudah jadi
lumrah sejak lebih setengah abad.
Ada antara kita sudah sinis dengan suasana pra-undi ini. Malah dalam
sinis itu pula, ada antara kita hanya mencebir bibir, menganggap apa pun
yang sedang berlaku, Barisan Nasional akan tetap menang. Sampai kiamat
agaknya.
Tapi ada pula antara kita yang pada saat ini terasa lain pula. Bukan
saja yang tersirat membuatkan hati berdebar-debar, malah yang tersurat
pun menegakkan bulu roma di lengan. Apa yang sedang berlaku ini?
Jarang berlaku. Sejak akhir-akhir ini mahkamah sudah beberapa kali
menjatuhkan hukuman menyalahkan lidah rasmi UMNO yang bernama Utusan
Malaysia. Teruk Utusan kalah saman. Tuduh DAP, tuduh PAS, tuduh PKR.
Akhirnya pecah tembalang fitnah.
Hari ini pun mahkamah buat keputusan positif untuk Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang tentunya mengecewakan Utusan.
Jarang berlaku. Sejak akhir-akhir ini beberapa blogger pro-UMNO yang
rasis dengan hapak bau perkauman juga satu demi satu mengalah, minta
maaf kepada para pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menjadi mangsa
fitnah mereka.
Hari ini pun seorang blogger pro-UMNO membuat “pembetulan” kerana
kesalahannya memfitnah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat serta Ahli-Ahli
Parlimen DAP Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming dalam soal tanah di Kelantan.
Jarang berlaku. Baru-baru ini Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam yang
mengemukakan teori unjuran kemungkinan keputusan PRU dalam sebuah forum
telah digantung kerja. Ya, digantung kerja hanya kerana melaksanakan
tugasnya dalam membincangkan political economy.
Mungkin kurang mengejutkan sikap pengurusan bank itu yang biasanya
takut kepada mereka yang berada di tampuk kuasa. Tapi yang mengejutkan
ialah keberanian pakar ekonomi itu berkata yang benar, semata-mata yang
benar.
Agaknya kerana itu lebih 150,000 orang (ada yang kata hampir 500,000)
berkumpul ramai-ramai di ibu kota baru-baru ini sebagai tanda suara
kebangkitan rakyat. Mungkin dalam PRU nanti lebih jelas keputusan rakyat
majoriti pelbagai kaum dan agama yang cintakan keamanan, damai dan
kasih sayang.
– Roketkini.com
0 Komen pengunjong :