KUALA LUMPUR: Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Menurutnya, Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau
dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara
merdeka kita.
“Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya,” ujar beliau lagi.
Tulisan penuh beliau di dalam blog
http://aspanaliasnet.blogspot.com/ sebagaimana di bawah.
Saya cuba untuk mengelak hendak menulis dan memberi komen tentang isu
Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan isu
pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta orang semasa
dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk mengelak
dari membuat komen dalam isu yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap
beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu
yang disebut oleh Dr Mahathir ini.
Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa
Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah mengaku bertangungjawab
terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan
lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama
bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penginayaan moral yang
paling buruk di lakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab
menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.
Rakyat tahu pemberian kerakyatan kapada kaum Cina dan India adalah
merupakan pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan itu dan dirundingkan
secara terbuka. Mereka yang diberikan kerakyatan itu termasuklah dari
India sama ada India yang beragama Hindu mau pun yang beragama Islam.
Suruhanjaya apa yang Mahathir cadangkan dalam isu pemberian kerakyatan
semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan persetujuan semua
pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja mencuri seperti
yang dilakukan oleh Dr Mahathir.
Ada di antara keturunan mereka telah mendapat kerakyatan itu telah
menempa kejayaan seperti menjadi pemimpin besar negara ini. Tidak payah
kita mengulangi kenapa Tunku dan pimpinan semasa itu memberikan
kerakyatan kerana ia di baca oleh murid-murid sekolah menengah dan di
universiti di seluruh dunia. Ia dilakukan untuk membina negara dan
menolak kerajaan penjajah di bumi kita.
Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang
menjenayahi negara. Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik
beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap
negara merdeka kita. Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot
dan rakyat wajar menghukumnya. Saya pernah memberikan label terhadap
Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ‘migrant mentality’ beberapa
ketika dahulu dalam blog ini dan beliau sendiri membuktikan tuduhan saya
itu benar.
Mahathir tidak habis-habis dendamnya terhadap Tunku tetapi bagi
sesiapa yang benar-benar bersikap sayang kepada negara akan tahu yang
Tunku merupakan manusia yang tidak dapat dicari ganti dengan mudah
bersabit dengan sikap pengorbanan terhadap negara ini. Mahathir cuba
untuk menjatuhkan imej Tunku semasa beliau sudah tiada dan tidak dapat
mempertahankan diri dengan tuduhan jahat Mahathir itu.
Tunku adalah seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat semua kaum
dan beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ‘magnanimity’ yang amat
tinggi dan tiada siapa yang mampu menandingi beliau jika dipandang dari
susut kemanusiaannya. Mahathir tidak boleh menyamakan dirinya dengan
Tunku kerana menyamakan dirinya dengan Tunku serupalah menyamakan buah
epal dengan buah bacang. Itu sahaja.
Kenyataan Mahathir ini amat melukakan hati banyak rakyat terutamanya
kepada rakyat yang berhati dan berjiwa bersih dan ia meliputi semua
kaum. Tidak siapa yang menyangka Mahathir akan sampai ke tahap ini
memainkan politik beliau, kerana hendak menutup kelemahan serta jenayah
moral beliau sendiri.
Siapa pun boleh mempertahankan Dr Mahathir ini tetapi hakikatnya
beliau telah membuka segala kelemahan beliau untuk di tontoni oleh semua
orang. Rakyat sekarang boleh membuat pandangan yang ‘conclusive’
terhadap bekas Perdana Menteri ini dan kita tahu rakyat sekarang
memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran
dan keterampilan sebagai seorang negarawan.
Dr Mahathir gagal segagal-gagalnya untuk duduk dan berdiri sebagai
seorang negarawan dan beliau tidak akan mencapai taraf itu buat
selama-lamanya. “Mahathir is disgusting leader” kata saorang rakan yang
bercakap dengan saya tentang isu ini.
Tunku, marilah kita panjatkan doa kepada Allah swt agar roh beliau
dibariskan bersama roh-roh orang yang beriman dan syuhada….al-Fatihah
0 Komen pengunjong :