Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu amanat: Nik Aziz syor Najib debat Hadi


PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya debat antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diadakan bagi menyelesaikan polemik isu ‘Amanat Haji Hadi’.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen dengan menggunakan kitab al-Quran sebagai sumber rujukan.
“Letakkan Tuan Guru Haji Hadi dan Datuk Seri Najib Razak, siaran langsung debat di televisyen, letak al-Quran sbg rujukan,” tegasnya.
Debat menjadi satu alternatif selepas permintaan Hadi untuk muncul di kaca televisyen RTM secara langsung tidak direstui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sebaliknya Rais hanya akan memberi lampu hijau sekiranya penyiaran forum amanat di RTM itu dibuat secara rakaman dan dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.
Malah turut mensyaratkan supaya forum itu turut dihadiri beberapa mufti lain dan bukannya muncul seorang diri.
Namun hasrat Hadi bagi menjelaskan perkara sebenar semasa menyampaikan amanatnya pada tahun 1981 mengenai isu ‘mengkafirkan Umno’ di media arus perdana sehingga kini masih belum diputuskan.

0 Komen pengunjong :