Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal

HKR 2013 stadium merdeka royalti 01

KUALA LUMPUR: Penglibatan secara ikhlas orang ramai di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) di Stadium Merdeka hari ini mengundang rasa iri hati setengah pihak yang cuba memfitnahkan objektif acara tersebut.
Antaranya adalah cubaan menyelit tuntutan kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan HKR112 seperti tuntutan membawa pulang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng ke Malaysia.
Terdapat juga percubaan untuk mencemarkan imej penganjur dengan sebaran pesanan ringkas (SMS) konnonnya petugas HRK112 dibiayai pihak tertentu.
MP Shah Alam, Khalid Samad dalam reaksi ringkas berkata, usaha-usaha tersebut gagal mencapai matlamat, sebaliknya rakyat yang hadir menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu penganjur menanggung kos perbelanjaan.
“Ini satu fitnah. Selain itu terdapat risalah ingin bawa balik Chin Peng.
“Banyak risalah disebarkan dan memberikan maklumat tidak tepat.
“Soal banyar adalah satu pembohongan sebaliknya yang hadir berikan sumbangan,” katanya kepada TV Selangor.
Pesanan ringkas yang diterima melalui talian 0192075670 dan disebarkan kepada peserta menyatakan:
“Perkembangan terkini – Dana untuk #KL112 sudah diterima semua peserta diminta berkumpul di pejabat PKR Tropicana bagi menerima RM150 dari wakil yang dilantik. Pergerakkan secara berperingkat Mulai 12 tengahari.”
Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.
Perarakan peserta yang bermula seawal 11 pagi daripada KLCC, Masjid Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.
Antara tuntutan HKR112 adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.

0 Komen pengunjong :