Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bila Polis Kerjasama, HKR112 Berjalan Dengan Lancar, Aman dan Berpesta


HKR stadium merdeka baca doa
KUALA LUMPUR  : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) membuktikan bahawa perhimpunan sedemikian rupa boleh berlangsung dengan aman, lancar dan bagaikan pesta apabila polis dan pihak berkuasa memberi kerjasama sepenuhnya.
Ini tidak seperti himpunan rakyat sebelum ini di mana pihak berkuasa bersikap keras dan tidak bertolak ansur sehingga mencetuskan huru-hara dan keganasan yang sebenarnya boleh dielakkan, kata peserta HKR112.
Seorang peserta, Lee Weng San, 55, berkata himpunan kali ini sangat meriah berbanding perhimpunan Bersih 3.0 pada April 28 kerana tiada provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak.
“Perhimpunan kali ini sangat ‘best’ kerana ramai rakyat pelbagai kaum yang hadir dan saya rasa kehadiran pada kali ini melebihi himpunan Bersih 3.0 lalu,” katanya ketika ditemui sejurus selesai perhimpunan itu di Stadium Merdeka hari ini.
Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.
Perarakan peserta yang bermula seawal 11 pagi daripada KLCC, Masjid Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.
rally Royalti KLCC 04

Antara tuntutan HKR adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.
Seorang lagi peserta, Mohd Halim Ahmad, 61, berkata perhimpunan kali ini berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Beliau yang datang dari Baling, Kedah berkata, perhimpunan berjalan lancar kerana polis bekerjasama sepenuhnya dengan mengawal lalu lintas dan tidak seperti apa yang terjadi semasa perhimpunan Bersih 3.0.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan semua peserta HKR dapat bersurai secara aman dan inilah yang kita mahukan kerana polis bekerjasama dengan kita,” katanya lagi.
Bagi Rajeshwary Muniandy, 31, beliau memuji polis serta pasukan Unit Amal Malaysia kerana sedaya upaya menjaga keamanan sepanjang perhimpunan ini berlangsung.
“Saya sanggup datang daripada Ipoh, Perak kerana ingin memberikan sokongan terhadap himpunan ini.
“Inilah semangat perpaduan yang ditunjukkan rakyat Malaysia yang prihatin kerana bersama-sama hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap HKR.”

0 Komen pengunjong :