Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bersumpah tanpa beri penjelasan perangai budak-budak


KUALA LUMPUR 19 JANUARI: Perangai Datin Seri Rosmah Mansor yang bersumpah tetapi tidak memberi penjelasan mengenai pembelian cincin berlian RM24 juta, tak ubah macam budak-budak, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“Kena ingat, orang persoalkan sebab pembaziran dan salah guna kuasa. Rosmah kena tampil bagi penjelasan, bukan sumpah-sumpah macam budak-budak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Rosmah baru-baru ini dilapor bersumpah kononnya beliau tidak memiliki cincin RM24 juta tetapi mengakui ada melihat cincin itu apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.’
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, perbuatan bersumpah itu hanya menambah kecurigaan rakyat berikutan pendedahan Deepak Jaikishan dibuat lengkap dengan dokumen tertentu.
Badrul Hisham berkata, sumpah yang dibuat Rosmah sama sekali tidak tidak menjawab persoalan berbangkit berhubung pembelian cincin yang tertera namanya sebagai pemilik berdasarkan dokumen kemasukannya ke negara ini.
“Saya dedahkan bagaimana nama Rosmah tertera sebagai penerima, itu persolannya. Kalau dia cakap tak beli, kenapa dokumen ada nama dia?” katanya.
Beliau juga menyifatkan bersumpah menjadi trend yang diguna pakai pemimpin Umno BN menjelang pilihan raya bagi memenangi hati pengundi tanpa perlu memberi penjelasan terhadap sesuatu isu.
“Politik sumpah berlaku apabila menjelang pilihan raya, tengok perkara sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak masa dekat pilihan raya kecil Permatang Pauh.
“Jadi itu tandanya pilihan raya makin hampir. Kenapa Rosmah pula yang bersumpah? Kerana sekarang, beliau beban kepada Umno BN,” katanya yang dikenali dengan nama Chegubard.

2 comments :

  1. Salam.
    Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan

    ReplyDelete
  2. Tuan, terima kasih memberi laluan PAUTAN web blog tuan. Semoga TUHAN memberi RAHMAT ke atas tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete