Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rais Yatim perlu mohon maaf di atas kebiadaban Zainudin Maidin


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan Umno khususnya, Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim memohon maaf di atas perlakuan biadap Tan Sri Zainudin Maidin ke atas BJ Habibie.
Katanya, serangan dangkal dan biadab bekas Menteri Penerangan ke atas mantan Presiden Indonesia itu kini merebak pula kepada Almarhum Gus Dur dan tokoh perjuangan reformasi republik itu, Amien Rais.
Beliau berkata, Rais sewajarnya tidak lagi berdolak-dalik memandangkan rancangan penghinaan terhadap tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, media yang diketahui dimiliki Umno.
“Apakah tidak wajar untuk pimpinan Umno mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka?
“Ternyata, Zainudin mewakili sosok pimpinan Umno yang angkuh dan anti-demokrasi,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Beliau percaya dan yakin kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut.

0 Komen pengunjong :