ALOR SETAR 8 DIS: Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak
orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi
daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu
apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.
“Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini
akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah
negara selama 56 tahun,” katanya.
Beliau
berkata demikian depan lebih 20,000 hadirin yang membanjiri Himpunan
Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka
Menanti, Alor Setar 7 Disember lalu.
Anwar berkata tiada guna slogan Ketuanan Melayu diheboh sedangkan
orang Melayu masih miskin dan tidak terbela sekalipun negara sudah
mencapai kemerdekaan begitu lama.
Beliau yakin pemimpin Pakatan memiliki berpengalaman dan kelayakan
untuk menerajui Kabinet demi memberi pembelaan kepada orang Melayu.
“Pemimpin Pakatan tahan lasak. Ramai pemimpin pernah dipenjarakan.
Kita ada pengalaman dipenjarakan, menerima makanan yang dibaling seperti
anjing oleh penguasa.
“Budaya jelek ini mesti disingkir dalam kehidupan penguasa. Pakatan
akan tunjuk cara tadbir yang baik pada mereka. Kita mesti menang untuk
buktikan kesungguhan membela nasib rakyat,” katanya.
Anwar
juga menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak telus
menangani tuntutan melibatkan pengendalian sistem pilihan raya yang
adil.
Beliau kesal kerana SPR tidak bertanggungjawab apabila cuba bersekongkol dengan parti pemerintah untuk menipu pengundi.
“SPR perlu ingat.Mereka juga angkat sumpah memegang jawatan untuk
laksanakan tugas dengan adil. Ingat, penyokong Pakatan akan tangkap
mereka yang menipu, ” katanya.
0 Komen pengunjong :