Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fauzi tidak pernah menyesal sertai Pas

Datuk Fauzi Shaari

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas. “Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas.”

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya.

0 Komen pengunjong :