Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS tidak tersasar daripada perjuangkan Islam


KOTA BARU — PAS hari ini  menegaskan bahawa parti itu tidak pernah terkeluar daripada landasan dan dasar parti dalam menegak dan memperjuangkan Islam. Timbalan Mursyidul Am parti Islam berkenaan, Datuk Dr Haron Din, berkata, dasar berkenaan tidak pernah berubah walaupun parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) itu menjalinkan kerjasama politik dengan rakan sekutu mereka yang lain seperti DAP dan PKR.
“Majlis Syura sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS bahawa parti ini berada dalam landasan yang betul,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.
Haron berkata demikian ketika menjawab soalan perwakilan Kalabakan,  Kasman Karate berhubung terdapatnya kenyataan ahli Majlis Syura sendiri berkaitan hala tuju parti itu yang didakwa sudah menyimpang.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini mendakwa perjuangan parti itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangannya sejak ia ditubuhkan.
Haron turut berkata, melalui perbincangan dua bulan sekali yang dianjurkan Majlis Syura, mereka akan memperhalusi dengan teliti setiap isu yang dibangkitkan sehingga semua ahlinya berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun beliau turut melahirkan rasa hairan berhubung kenyataan pemimpin tertentu berkaitan hala tuju PAS.
“Dalam mesyuarat seperti tiadanya pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.
“Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.
“Pandangan peribadi kadang-kadang terbawa di luar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar,” katanya lagi.
Muktamar tahunan PAS hari ini menyaksikan ucapan dasar daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan seterusnya ucapan perbahasan daripada 1,116 perwakilan daripada 186 bahagian daripada seluruh negara.
Turut hadir muktamar kali ini adalah Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Muktamar hari ini ditunda pada jam 6.00 petang dan akan disambung dengan perbahasan perwakilan jam 8.00 pagi esok.

0 Komen pengunjong :