KOTA
BAHRU 17 November: Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan
Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Saya
masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah
begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan
Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.
“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau
awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut
sorakan semangat.
Berucap
depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar
berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar
menggantikan Umno BN.
“Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana
menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai,
fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya.
Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan
‘tauke-tauke’ besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan
individu tertentu sahaja.
Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim
Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad
Sabu.
Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat
dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.
Program bermula jam 5 petang dengan acara Ekspresi Anak Muda yang
diwarnai persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan muda Pakatan.
Konvoi motosikal dari NGO R untuk Royalti yang bergerak dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) tiba jam 4.15 petang.
Antara persembahan menarik perhatian hadirin di luar stadium ialah
tarian Sewang dari orang Asal Kuala Betis dan gendang Siam dari penduduk
Tumpat.
Artis, Abby Abadi pula penceritakan pengalamannya bersama PAS dan
Pakatan Rakyat. Sham Kamikaze pula menunjukkan kemahiran memetik gitar
dengan memainkan dua lagu.
Tiba senja, hadirin kian ramai dan mula memasuki stadium untuk solat
Maghrib, solat Hajat dan Isyak berjemaah, sebelum mengambil tempat di
tengah padang atau di tempat duduk stadium.
Acara malam dimulai ucapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu
Himpunan Hijau, Bersih 2.0, R untuk Royalti dan Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak).
Ia
diikuti pidato pimpinan tertinggi Pakatan dimulai Pemimpin Kanan DAP,
Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadirin mengibar bendera kuning, hijau, oren dan merah pada satu-satu masa turut mewarnai lagi program malam tadi.
Tetamu dari Makah, Syeikh Dr Tahir al-Jaelani turut memberi ucapan
dan diterjemah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub
manakala wakil Syria meminta rakyat mendoakan pejuang di negera mereka.
Cerah ape bende nye, makin malap ade le. be rebut2 nak jadi PM.
ReplyDelete