Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau
yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam
murtad.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
"Saya
berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam,
seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang
warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya
kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan
saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang
Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.
Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"
Beliau
dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran
agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.
Berita
muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih
agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul
itu.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
4 hours ago
0 Komen pengunjong :