Profil demografik muda, kadar urbanisasi yang tinggi, dengan
akses kepada internet yang semakin banyak, tempoh pemerintahan yang
begitu lama adalah antara faktor yang tidak membantu kerajaan yang
memerintah pada pilihanraya yang akan datang. Ada pelbagai sebab kenapa
masyarakat antarabangsa akur akan kenyataan ini dan bersedia untuk
perubahan rejim buat pertama kalinya semenjak ia mendapatkan kemerdekaan
pada tahun 1957.
Sejurus selepas kerajaan menghadapi keputusan yang teruk dalam
pilihanraya yang diadakan pada 8 Mac 2008, Negara memulakan mod kempen
yang tidak berkesudahan. Pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi
kerana konstitusi Malaysia mewajibkan Parlimen dibubarkan sebelum 28
April 2013 sebelum tamatnya mandate 5 tahunnya.
Mungkin ada kebenarannya bahawa kerajaan memenangi 140 kerusi
daripada 222 di dewan undangan negeri dan pembangkang Berjaya
mendapatkan 82 kerusi. Namun, jika diperhatikan, jurang diantara dua
perikatan ini adalah jauh lebih kecil. Barisan Nasional yang memerintah
sebenarnya memenangi 51.4% undi sahaja sementara pembangakang memenangi
48.6% undi. Daripada 7.9 juta undi yang diberikan, BN dan tiga parti
pembangkang dibezakan dengan hanya 313,509 undi.
Berakhirnya bulan Jun 2012, sudah ada 12.9 juta pengundi berdaftar.
Seramai 2.5 juta daripadanya, lebih kurang 20% merupakan pengundi baru
dan merekalah yang akan menentukan keputusan pilihanraya.
PRU ke-13, platform kempen dan media
13 parti gabungan yang memerintah- BN- akan memberi tumpuan kepada
kejayaan mereka yang lepas dalam kempen kali ini dan memainkan sentimen
‘status quo’ manakala parti pembangkang, Pakatan Rakyat akan berikrar
untuk memperbaiki sistem tadbir Negara dengan membuat perubahan radikal
pada polisi-polisi.
Mesej ‘status quo’ nampaknya tidak akan memberi kesan terhadap
demografi yang membangkitkan revolusi di tanah Arab: 48% daripada
populasi penduduk Malaysia adalah mereka yang berada dibawah 25 tahun
dan 70% dibawah 40 tahun (namun bukan semua adalah pengundi berdaftar).
BN terutamanya ketuanya UMNO sentiasa mengharapkan undi daripada
penduduk luar Bandar. Ia mempunyai alasan yang kukuh untuk cemas kerana
lebih 70% rakyat Malaysia sekarang tinggal di Bandar-bandar, berbanding
11% pada tahun 1957 dan 35% pada tahun 1980.
Mereka yang muda dan urban juga merupakan pengguna tegar internet.
Dengan 17.5 juta pengguna internet, purata penggunaan internet adalah
61.7% daripada populasi 81% di kawasan yang berpopulasi tinggi. Selain
itu, Malaysia merupakan antara Negara yang paling aktif menggunakan
Facebook dengan 12 juta pengguna, yang menjadikan Malaysia di tangga ke
19 di dunia.
Akses mudah kepada maklumat alternatif telah menggagalkan
keberkesanan kawalan terhadap media aliran utama yang dilakukan oleh
kerajaan, sama ada melalui pemberian lesen prosedur, tapisan dan
pemilikan partisan.
Perasaan tidak dipedulikan memuncak
BN merupakan parti yang memerintah Malaysia sejak kemunculannya yang
pertama kali melalui parti Perikatan memenangi tampuk kerajaan selepas
pilihanraya dibawah naungan British pada tahun 1955. Sekarang, ia
merupakan parti di undi yang paling lama memerintah di dunia. Parti lain
yang turut memerintah dengan lama adalah yang tidak di undi seperti
rejim komunis di Korea Utara, China dan Vietnam.
Petanda negatif yang lain bagi parti paling lama memerintah ini
begitu ketara bagi pengundi yang semakin canggih. Pada dasarnya, bukan
sahaja kerajaan sekarang telah meminggirkan orang bukan Melayu melalui
politik berdasarkan kaum, rasuah yang berleluasa dan ketidaksamarataan
antara kumpulan etnik yang juga menjadikan pengundi Melayu jelik.
BN telah beberapa ketika menjadikan diri mereka kuasa yang mengawal
segalanya dalam masyarakat berbilang bangsa. Walaupun begitu, selepas
UMNO berubah haluan setelah piliharaya 2005 dari segi retorik dan
perbuatan, ia mula kehilangan sokongan orang Cina dan India. Pada tahun
2008, kebanyakkan orang Melayu yang kecewa akan korupsi dan kronisma
telah turut serta akan gerakan tidak menyokong kerajaan.
Perasaan dipulaukan ini belum hilang dan berterusan untuk beberapa
tahun. Malah ada kumpulan yang menunjukkan percanggahan dengan kerajaan
pusat. Orang Kadazan Dusun Murut di Sabah begitu terasa dan kritis
terhadap cara kerajaan menangani skandal kewarganegaraan untuk undi yang
telah membolehkan BN bertahan dan mendapat sokongan di negeri itu.
Musuhnya adalah diri sendiri
Pencatur strategi UMNO, dengan menggunakan media kawalan kerajaan,
Utusan Malaysia, dan kumpulan haluan kanan yang berkaitan mereka,
Perkasa, sedang bekerja keras untuk menghentikan penurunan dalam
sokongan kepada UMNO. Mereka melakukan apa sahaja untuk mengambarkan
parti sebagai jaguh pelbagai etnik lebih berbanding parti pembangkang
Melayu dan pemimpinnya. Setakat ini, ia nampaknya sedang memulaukan
pengundi kelas pertengahan.
Pada keseluruhannya masa ini, apa yang seolah-olah dicari rakyat
Malaysia adalah kesaksamaan ekonomi yang lebih besar serta sebuah
kerajaan yang terbuka dan bersih. Namun begitu, Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak masih dengan cara penyelesaian jangka pendek iaitu
membeli undi dengan pemberian wang tunai kepada kumpulan strategik pada
satu-satu masa apabila negara perlukan reformasi peringkat makro.
Setelah lama berkuasa, BN juga telah membuat ramai musuh sendiri.
Ramai pemimpin dalam pembangkang dahulunya berasal dari parti
pemerintah, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Pengalaman mereka dalam kerajaan menjadi jaminan yang amat diperlukan
kepada pengundi bahawa pembangkang sudah bersedia untuk mentadbir dengan
cekap, manakala rangkaian peribadi mereka dalam sistem telah menjadi
maklumat berharga dalam memahami sistem yang pernah menjadi penghalang
kepada pembangkang.
Pakatan pembangkang terdahulu (pada tahun 1990 dan 1999) telah
tergesa-gesa dibentuk semasa pilihan raya dan mereka dengan mudah runtuh
tidak lama selepas. Satu gabungan alternatif yang telah menempuh ujian
selama lebih daripada empat tahun, telah mendapat pengalaman mentadbir
empat daripada 13 buah negeri dengan sendirinya adalah satu kejayaan -
dan faktor kritikal.
Walaupun semua kekuatan terbina dan kelebihan memihak BN dalam
pilihan raya tidak hilang dan mereka yang kekal akan digunakan
sepenuhnya dalam pilihan raya yang akan datang, faktor-faktor yang akan
menjatuhkan kerajaan juga wujud. Untuk pertama kalinya, ia sangat ketara
bahawa kemungkinan kerajaan lama akan kalah.
0 Komen pengunjong :