Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Izzah: Kita kena periksa dulu, kata Hj.Hadi


Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Pas tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit isu kononnya beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus disekat daripada mengamalkan ajaran tertentu termasuk orang Melayu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wakil media sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah bagi membincangkan hal itu berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi pilihan raya."
Bagaimanapun ujar Abdul Hadi, setakat ini Pas belum mendapat gambaran sebenar mengenai isu itu.
"Kita tak dapat bergantung kepada laporan media," katanya pada sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.
Menurut Abdul Hadi lagi, "kita kena periksa dahulu... dalam Islam kalau kita tidak jelas wakalu satu peratus, kita tidak boleh hukum."
Nurul Izzah hari ini memutuskan beliau akan mengambil tindakan ke atas media yang salah lapor berhubung kenyataannya dalam sebuah forum Sabtu lalu.
Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama untuk bekerjsama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika dipanggil untuk berbuat demikian.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.
Dalam kenyataan media berasingan Nurul Izzah berkata, beliau sudah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.
"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.
"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini.

0 Komen pengunjong :