Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN cipta ‘kisah karut-marut’, Najib kebingungan


Keghairahan BN mencipta ‘kisah karut-marut’ bertujuan menanam prasangka buruk antara masyarakat Melayu dan Cina negara ini menunjukkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak hilang pedoman, kebingungan dan sedang mencari ‘masa sesuai’ untuk mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum ke-13.
Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, UMNO serta parti sekutunya dalam BN yang lain sedang melakukan tindakan politik yang paling tidak bertanggungjawab, tidak berprinsip dan anti-nasional semata-mata untuk keuntungan jangka pendek pilihan raya.
“Hampir dua tahun Malaysia menanti Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi Perdana Menteri sedang berlengah-lengah kerana masih mencari masa paling sesuai untuk membubarkan Parlimen,” ujarnya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dihadiri puluhan ribu orang ramai baru-baru ini.
Walaupun taktik kotor keghairahan BN memecah-belahkan masyarakat Malaysia terbongkar apabila mereka dengan jelas gagal menyelaraskan penipuan dan muslihat  yang disebarkan baik melalui UMNO atau MCA.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, UMNO menakutkan orang Melayu dengan DAP manakala orang Cina ditakutkan oleh MCA dengan PAS terutama mengenai hudud dan Islam.

Najib cipta ‘sejarah’
Di sebalik pelbagai kekalutan BN untuk mengisytiharkan tarikh PRU-13, Kit Siang berkata, ‘countdown’ untuk PRU-13 sudah bermula memandangkan penggal Parlimen ke-12 cuma berbaki kurang daripada enam bulan sebelum ia terbubar secara automatik.
Katanya, Najib sudah mencipta dua “sejarah”. Pertama, beliau menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat pilihan rayanya sendiri, berbanding Perdana Menteri sebelumnya termasuklah bapanya, Tun Abdul Razak dan begitu juga dengan tiga Perdana Menteri lain iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah,
“Keduanya, Najib menjadi Perdana Menteri untuk Parlimen paling lama menanti dibubarkan, dan ketiga adalah persoalan sama ada Najib akan mencapai status Perdana Menteri Malaysia yang terakhir daripada UMNO.”
“Sebab itulah Najib terus berubah fikiran mengenai bilakah waktu yang terbaik untuknya memanggil PRU-13 sejak dua tahun lalu.
Oleh yang demikian jelas Kit Siang, rakyat Malaysia tidak harus mudah diperdaya dengan permainan isu perkauman dan agama oleh BN.
“Pakatan Rakyat dan parti komponen terdiri daripada DAP, PKR dan PAS hanya mempunyai satu mesej kepada semua rakyat Malaysia iaitu mengembalikan keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik serta menjunjung juzuk utama Perlembagaan Malaysia.” ujarnya.

-/Roketkini.com

0 Komen pengunjong :