Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Arah Bela Diri , Cubaan Burukkan Imej Tian Chua



SHAH ALAM - 11 NOV, P KR Cabang Batu tetap berdiri teguh di belakang Tian Chua meskipun pelbagai cubaan dibuat untuk memburukkan  Ahli Parlimen Batu itu.
Menurut Ketua Penerangan PKR Batu, Badiuzzaman Ali dalam satu kenyataan media apabila mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menyatakan Tian melanggar arahan polis, sehari selepas berlangsungnya Perhimpunan Bersih 3.0 April lalu.
Badiuzzaman berkata, semua ahli parti sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ketua PKR Batu itu selain berharap beliau akan mendapat keadilan yang sewajarnya dan dibebaskan dari sebarang pertuduhan.
“Kami menyatakan keyakinan bahawa pendakwaan keatas Tian Chua yang dikaitkan dengan tuduhan mengingkari arahan supaya beredar dari kawasan larangan dan menghalang pihak berkuasa polis di satu kawasan di Pulapol adalah semata-mata bertujuan untuk mensabitkan kesalahan terhadap beliau melalui satu konspirasi politik.
“Ini bertujuan untuk memburukan nama baik beliau dan cubaan pihak tertentu untuk menyekat kerjaya politik beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Mahkamah mengumumkan keputusan di mana pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie dan berhasrat memanggil Tian Chua membela diri dan menetapkan 29 dan 30 November 2012 untuk prosiding membela diri.
Beliau didakwa tidak mematuhi perintah DSP A Rajakopal supaya beredar dari kawasan Pulapol yang dianggap sebagai satu kawasan larangan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Selain itu Badiuzzaman memohon kepada orang ramai dan mana-mana pihak supaya tampil untuk menjadi saksi dalam prosiding pembelaan.
Pihaknya juga menyeru kepada orang ramai supaya dapat hadir bersama-sama ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 dan 30 November 2012 untuk memberikan sokongan moral.
Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu menyaksikan kehadiran lebih 250,000 orang penyokong bagi menuntut lapan tuntutan utama dalam memastikan pilihan raya umum dengan bersih dan adil.

0 Komen pengunjong :