Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar tetap PM apabila Pakatan menang


KUALA LUMPUR, 19 NOV: Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia apabila Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata, keputusan itu sudah lama dibuat berdasarkan konsensus Pakatan yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP.
“Jika Pakatan Rakyat menang, maka Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Itulah konsensus Pakatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan berita tentang cadangan seorang perwakilan PAS sewaktu muktamar parti itu hujung minggu lalu yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang dalam PRU ke-13.
Berita itu dibesar-besarkan oleh media kawalan Barisan Nasional, termasuk dengan membuat tafsiran salah daripada apa yang dikatakan oleh Hadi sewaktu menggulung perbahasan di muktamar PAS di Kota Baru semalam.
Akhbar The Star milik MCA menggembar-gemburkan di muka depannya hari ini dengan tajuk “Hadi ready to be PM” (Hadi sedia jadi PM), dengan tujuan untuk menakut-nakutkan majoriti pembacanya di kalangan kaum Cina.
Sebenarnya, pada penutup muktamar, Hadi menyatakan beliau tidak berminat untuk menjadi PM dan hanya menyebut bahawa: “Saya minta tuhan jadikan cita-cita saya menangkan Islam dahulu, lepas tu nak mati-matilah”, sebagaimana yang dilaporkan oleh suara parti itu Harakahdaily.net.
Parti-parti komponen BN semakin hebat dengan taktik lama untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan melalui media massa yang mereka kuasai dengan kerjasama kroni-kroni perniagaan besar.

–/ Roketkini.com

0 Komen pengunjong :