Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Israel takkan berani serang Gaza tanpa restu AS


KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen Malaysia mendesak Amerika Syarikat (AS) menghalang Israel dari terus melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin di semenanjung Gaza.
“Israel tidak mungkin berani bertindak tanpa restu dan persetujuan AS. Maka wajar Dewan (Rakyat) turut gesa agar AS ambil pendirian lebih wajar dan adil,” katanya ketika membahaskan usul tergempar bagi mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Palestin, hari ini.
Merujuk laman berita CBSnews.com semalam, Barack Obama dalam sidang media di Bangkok berkata ‘Israel berhak untuk mempertahankan dirinya’.
“Kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan diri dari roket-roket yang mendarat di rumah-rumah warganya,” kata Obama dipetik.
Justeru, tegas Anwar, Malaysia wajib memberi tekanan berterusan kepada AS dan tidak mengehadkan bantahan hanya sepanjang serangan terbaru regim Israel ke atas semenanjung Gaza.
“Saya tak melihat ia disentuh. Walaupun Menteri rujuk khusus kepada (serangan) mutakhir. Saya bimbang kalau diketepikan kezaliman lebih besar Israel dalam penaklukan di wilayah Arab terutama bumi Palestin.
“Ia tidak beri gambaran tentang ‘politics of dispossession’ (pengusiran). Masalahnya pengusiran, tanah milik rakyat Palestin dirampas kemudian disahkan kerana tiada tekanan yang kuat.
“Kita tidak mahu rujuk kepada perkembangan mutakhir (sahaja) kerana serangan itu hanya cebisan dari dasar regim Israel yang rakus dan zalim menakluk wilayah Arab,” tegas Anwar.
Tambahnya, jika Israel menghentikan serangan terbaru ini, ia bukanlah penyelesaian kerana Gaza masih di dalam sekatan.
“Makanan, perkembangan ekonomi dan keselamatan mereka belum terjamin… (Serangan) hanya tambahan dari penaklukan wilayah dan memenjarakan rakyat Gaza,” katanya.
Episod baru penderitaan berpanjangan rakyat Palestin itu bermula 15 November lalu telah membunuh lebih 100 penduduk Gaza, termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan yang lain.

0 Komen pengunjong :