SKUDAI : Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk
terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.
“Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,”
“Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan
kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong cina,” katanya ketika
berucap depan 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke
Johor di Sutera Mall, Skudai, malam tadi.
Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan
Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk
membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.
“Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat yahudi, alat Amerika.
“Tapi
saya nak kata dengan mereka, tuduh lah saya apa saja kerana ia tidak
langsung menganggu fokus saya untuk membebaskan rakyat dari belenggu
kekejaman mereka.
“Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat
untuk mengangkat martabat seluruh rakyat,” sambil disambut tepukan
hadirin.
“Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai
merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga bersiap sedia menggulingkan
Umno BN.
“Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tapi
dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi
kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi,” sinisnya.
Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua
KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier
Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr
Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chi Tong.
0 Komen pengunjong :