Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS gesa MCA hati-hati tuduh Nik Aziz galakkan rogol bukan Islam

SHAH ALAM, 22 Okt — PAS menggesa MCA agar berhati-hati membuat kenyataan tentang dakwaan MCA mengatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggalakkan wanita bukan Islam untuk dirogol, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, MCA bukan menghina sahaja PAS tetapi menghina agama Islam.
“MCA perlu berhati-hati apabila buat kenyataan, sebab itu bukan lagi menghina parti, tapi sudah menghina agama. Jangan putar belitkan kenyataan Nik Aziz,” kata Mohamad yang ditemui oleh The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Sabtu lalu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  bersetuju dengan pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam, dengan berkata bahawa  Nik Aziz telah mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.
Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan pada 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol.
“Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.
“Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video (ceramah Nik Aziz) tersebut jika kamu berminat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang perhimpunan agung parti itu.
Media  melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung parti tersebut.

0 Komen pengunjong :