Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Soi Lek mengarut, alih fokus rasuah Umno BN


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengutuk kenyataan Presiden MCA Dr. Chua Soi Lek yang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Katanya, dakwaan Chua hanya berdasarkan SMS yang tidak dapat mengesahkan pengirim menunjukkan Chua semata-mata mengarut dan cuba mengalih fokus rakyat yang benci terhadap rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh Umno BN.

Beliau berkata, Chua  telah banyak kali memilih untuk mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011.

“Dr. Chua juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa politk wang bukan rasuah dan sebagainya yang langsung tidak memahami kebencian rakyat terhadap kerajaan yang rasuah dan bukannya hukum hudud,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, AMK berpendapat bahawa Dr. Chua masih dalam keadaan berkhayal serta ilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memutarbelitkan serta mengelirukan.

Katanya, Chua langsung tidak ada keupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan Umno BN yang menyeleweng.

Justeru, AMK menyindir Dr. Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, siber cafe dan refleksologi akan ditutup.

“AMK menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka,” ujarnya lagi.

Katanya, PAS telah bersama-sama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat dan mendokong agenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku JIngga.

Beliau menegaskan, perjuangan PAS untuk merealisasikan sebuah Negara Berkebajikan juga disokong oleh semua ahli parti dan rakyat Malaysia.

Katanya, yang mendukacitakan adalah MCA yang masih mempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik.

Oleh itu, AMK berpendapat bahawa Dr. Chua Soi Lek telah ketandusan idea dan tidak berupaya bersaing dengan Pakatan Rakyat atas dasar atau halatuju pembangunan Negara yang sepatutnya.

Maka, ujarnya Pilihanraya Umum yang akan datang amat penting dan significant untuk rakyat merealisasikan perubahan yang perlu ada di Malaysia.

“Selamatkan Malaysia daripada rasuah dan penyelewengan supaya menjadi sebuah negara yang demokratik, bebas dan adil,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :