Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Penipuan BN: Rakyat Malaysia akan tanggung kenaikan tariff elektrik

KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia akan menanggung kenaikan tariff elektrik yang lebih tinggi berikutan pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin seperti dalam wawancara Sin Chew Daily semalam yang berkata bahawa peningkatan tarif tenaga di masa depan tidak dapat dielakkan akibat kenaikan harga bahan api.
Menimbulkan persoalan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, jika kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan, mengapa Perdana Menteri tidak mengumumkannya dalam Bajet 2013 yang dibentangkan 8 September lepas.
“Pengakuan oleh Peter Chin ini mengejutkan kerana ia sepatutnya diumumkan dalam Bajet 2013.
“Ia jelas menunjukkan kerajaan mempraktikkan penipuan ekoran pengakuan Peter Chin.”
Menyifatkan perkara ini sebagai penipuan terancang dan rekod 3D kerajaan BN iaitu Defisit, Hutang (Debts) dan Penipuan (Deception), Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata perkara ini sama sekali berbeza dengan pencapaian 3S Kerajaan Negeri PR iaitu Surplus, Pengekalan (Sustainable), pengurangan hutang dan tindakan tegas (Stern) terhadap rasuah.
Dalam perkara berkaitan, Guan Eng berkata peruntukan RM252 bilion yang diumumkan kerajaan BN dalam Belanjawan 2013 juga tidak boleh menutup rekod anggaran defisit yang berterusan sebanyak RM40 bilion untuk tahun ke-16.
“Belanjawan 2013 sama sekali tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah mencapai tahap tertinggi dalam sejarah dengan RM502.4 bilion atau RM17,000 untuk setiap warga Malaysia.
Jelasnya lagi, jumlah RM502.4 bilion hutang ini tidak termasuk dengan liabiliti kebergantungan yang dijangka lebih dari RM110 bilion secara tidak rasmi dalam buku.
Ia berbeza dengan kerajaan PR ujarnya dimana kerajaan PR dimana ia bukan sahaja merekodkan surplus tahunan malah pengurangan hutang contohnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merekodkan surplus tertinggi dalam sejarah negeri setiap tahun bagi tempoh 4 tahun pemerintahan.
“Pengekalan pengurangan hutang diambil dan diurus untuk mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95% atau RM 600 juta daripada RM 630 juta pada Mac 2008 kepada hanya RM 30 juta pada penghujung 2011.”
Beliau juga berkata peruntukan RM272.5 juta oleh BN dalam Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) dilihat memberi manfaat kepada kroni-kroni mereka dalam“Meningkatkan Kepuasan Awam terhadap Prestasi Anggota Polis”.
“Ia hanya memberi manfaat politik kepada para perunding dan pengiklan berkaitan yang seolah-olah memberi gambaran kepada umum untuk percaya bahawa kadar jenayah kian menurun di dalam negara kita,” jelas beliau.

–/ Roketkini.com
.

0 Komen pengunjong :