Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Apa dosa rakyat S’ngor Pusat sorok dana kerajaan negeri?


KUALA LUMPUR 5 Oktober: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali menempelak Kerajaan Pusat kerana menyembunyikan maklumat terperinci berkenaan projek dari pengetahuan kerajaan negeri.
Ia berikutan Selangor hanya menerima RM364 juta untuk tempoh dari Januari 2012 hingga September 2012 sedangkan negeri itu merupakan penyumbang terbesar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 23 peratus.
“Menteri Kewangan menyentuh isu KDNK dengan menyatakan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus dan buat julung kalinya melepasi paras RM1 trilion, dan Selangor merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 23 peratus daripada KDNK negara hasil daripada amalan pentadbiran yang baik dan telus,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam laporan perbahasan Bajet 2013.
“Bajet Selangor hanya berjumlah RM1.5 bilion, jika benar Kerajaan Pusat menyerahkan sejumlah RM67 bilion, di mana selebihnya wang tersebut kerana audit negara yang dijalankan ke atas bajet negeri hanya bernilai RM1.5 bilion,” soal Azmin lagi.
Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoal badan yang menjalankan audit ke atas RM67 bilion tersebut.
“Hanya Laporan Ketua Audit Negara mampu menjawab persoalan ini, malangnya, pada tahun ini sekali lagi Laporan Ketua Audit Negara disorokkan,” katanya.
Azmin berkata, jika betul jumlah yang sebegitu besar disalurkan demi kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri patut dibenar menguruskan dana itu.
“Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipilih rakyatnya patut membuat keputusan bagaimana dana tersebut dapat dimanfaatkan,” tegas Azmin.
“Mengapa Kerajaan Pusat mengkhianati semangat federalisme dengan menyembunyikan maklumat terperinci projek-projek dari pengetahuan kerajaan negeri?
“Apa dosa kerajaan negeri dan rakyat Selangor?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu lagi.
.

0 Komen pengunjong :