Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pas mahu Hishammuddin jawab dakwaan Mahathir

 Wan Azhar Wan Ahmad

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi kenyataan balas berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung isu perpecahan Melayu sebagaimana dilaporkan media, semalam.

Merujuk dakwaan Mahathir dalam Sinar Harian, pemimpin terbabit turut mengaitkan datuk kepada Hishammuddin iaitu Allahyarham Datuk Onn Jaafar ketika mengulas isu perpecahan Melayu, dalam masa sama Mahathir sendiri menafikan beliau penyebab perpecahan tersebut.

Sehubungan itu, Wan Azhar berkata, Hishammuddin perlu tampil bagi menjawab persoalan yang timbul.

“Kita minta Hishammuddin buat kenyataan berhubung dakwaan Tun Mahathir yang menyebut seolah-olah Datuk Onn penyumbang kepada perpecahan awal Melayu,” katanya.

Dalam laporan Sinar Harian, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1999 menjadi penyebab bermulanya perpecahan orang Melayu.

Sebaliknya mantan Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai parti itu.

Wan Azhar bagaimanapun menyifatkan Perdana Menteri keempat itulah penyumbang utama kepada perpecahan Melayu.

Alasannya, Mahathir merupakan peneraju kepimpinan paling lama dalam sejarah negara dan kepimpinan beliau dalam menarik penghormatan pelbagai pihak terhadap Melayu Islam itu dipertikai ramai pihak.

“Dari sudut ketirisan, berlaku angka yang besar dan legasi itu berterusan walaupun selepas beliau meletak jawatan.

“Beliau bukan hanya penyumbang utama kepada perpecahan tetapi trend yang di bawah Tun memperlihatkan kecacatan dari sudut kredibiliti dalam memartabatkan bangsa sendiri,” katanya.

Begitu juga katanya, isu agama dan bangsa yang dijadikan senjata Umno bagi melaga-lagakan satu sama lain terutama hubungan Pas dan DAP yang dimainkan sejak sekian lama tetapi semakin diperbesarkan kebelakangan ini.
Usaha lain katanya, termasuk cubaan tertentu memecahkan kelompok Melayu yang boleh memberi kesan terhadap bangsa dan agama itu sendiri.

“Kalau dilihat di peringkat universiti, berlaku perpecahan di kalangan Melayu melalui pro aspirasi dan pro mahasiswa,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan sikap ahli-ahli Umno yang terlalu mempertahankan Mahathir walaupun pemimpin tersebut sudah tiada sebarang autoriti dalam parti, sebaliknya dilihat liabiliti dan tidak mampu menyelesaikan masalah perpecahan
Melayu Islam.

“Beliau bukan selesai masalah tetapi menimbulkan masalah baru. Ini sebenarnya memerlukan peranan daripada ulama mereka atau ulama muda untuk menyelesaikan isu perpecahan kerana ia membabitkan masa depan umat Islam,” katanya.

0 Komen pengunjong :