KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara
Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.
Ia
tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.
"Semalam,
saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat
'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan
penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu.
"Ia
dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara
untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada
Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Menurut Lim Kit Siang, beliau
menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka
menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan
daripada 'perjanjian syaitan' tersebut.
"Apa yang paling tidak
saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara
UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara
yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA.
"Hanya
seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr.
Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang.
Pada
sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju
Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya,
Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap
hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan
'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu
atau umat Islam.
“Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang
Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang
Cina supaya tak sokong DAP.
"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah
bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal
nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.
Pengesahan Mahathir
terhadap “Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA supaya masing-masing
menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi
Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan
Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya
oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang.
Dalam 'Perjanjian
Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga
pembohongan yang disebarkan MCA untuk “menakut-nakutkan orang Cina”.
Ia
termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas
seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol
atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke “zaman gelap”.
Begitu
juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai
pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu',
bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja
Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim.
Menurut Li, dia
teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah
semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan:
“Perhimpunan
Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakkan rakyat
Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga
UMNO.
"Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya
kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia
yang semakin global dan penuh persaingan.”
Bagi beliau, ini
merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama
ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh
harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum,
agama, kelas atau kawasan.
"Ia sebagai jaminan terbaik supaya
negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu
membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan
kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan
yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya.
Bagi
beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia
bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional
pula mahu terus berjuang dengan taktik “pecah dan perintah” di kalangan
rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada
kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka.
"Biarlah
parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat
berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa
lalu!" tegasnya.
0 Komen pengunjong :