Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Laporan Audit: Pakatan selangkah lagi menuju Putrajaya

KUALA LUMPUR : Pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) membuktikan gabungan itu selangkah lagi menuju ke Putrajaya.
Bendahari Agung KEADILAN, William Leong yakin rakyat makin bijak menilai dan membeza pentadbiran mana lebih berintegriti, menolak rasuah serta mengutamakan kepentingan rakyat.
“Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
“Pakatan Rakyat selangkah lagi untuk menuju Putrajaya. Kalau prestasi ini dapat dikekalkan, saya pasti rakyat akan memberi mandat kepada kita,” katanya ketika dihubungi.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh keempat-empat negeri Pakatan dari segi perolehan pendapatan.
Pulau Pinang mendahului pungutan hasil negeri dengan mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010.
Kutipan yang diperoleh kerajaan Selangor pula meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.
Kelantan yang sentiasa dilabelkan negeri miskin oleh Umno BN pula mencatatkan peningkatan kewangan kepada RM234.47 juta pada 2011 berbanding RM148.3 juta pada 2010.
Kedudukan kewangan Kedah pula memuaskan apabila baki Kumpulan Wang Disatukan pada 2011 berjumlah RM252.36 juta berbanding RM328.28 juta pada tahun lalu.
William berkata, pentadbiran Pakatan sangat mementingkan kejujuran tanpa mengira waktu dan bukan sekadar mengambil hati sempena pilihan raya umum, tidak seperti negeri yang ditadbir Umno BN.
Katanya, pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Pakatan Rakyat juga mencatatkan prestasi yang baik sejak Pakatan mentadbir.
“Di Selangor sebagai contoh, bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo pernah menganugerah penyapu kepada PBT yang kononnya mencatatkan prestasi kurang baik. Tetapi selepas Pakatan Rakyat mengambilalih PBT yang diberi penyapu itu, PBT tersebut mencatatkan prestasi yang baik.
“Ini membuktikan, bukan PBT itu yang bermasalah tetapi, urus tadbir Umno BN yang penuh dengan rasuah menjadikan seluruh organisasi itu bermasalah,” tegas William.

0 Komen pengunjong :