Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kunjungan Pakatan Rakyat disambut simbahan cat merah

Lempar cat merah atas jalan

SEREMBAN – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah ‘disambut’ dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan.
Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR.
“PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah.
“Saya percaya ia dilakukan antara jam 11 hingga 11.30 malam kerana melihat keadaan cat yang masih baru. Saya rasa pihak terbabit mahu mencampakkan cat itu ke atas kereta, tapi tidak mengenai sasaran menyebabkan ia jatuh ke atas jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Loke berkata, pihaknya tidak menolak berkemungki-nan ia dilakukan 'orang suruhan' parti lawan yang dilihat semakin terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
“Saya nampak isu baling cat ini semakin berleluasa menjelang PRU13 dan bagi saya, ia adalah amalan politik samseng dan perlu dihakis segera agar tidak berlakunya insiden lebih buruk ketika waktu PRU nanti,” katanya.
Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, PR akan meningkatkan tahap keselamatan pada setiap program anjuran mereka pada masa akan datang.
“Hentikanlah amalan politik samseng seperti ini kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian. Apa pun saya tegaskan PR tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan bagi menakutkan kami,” katanya.
.

0 Komen pengunjong :