Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenapa Najib takut bubar parlimen?


KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER: Kenyataan Perdana Menteri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat bukanlah alternatif kepada Barisan Nasional disifatkan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai kenyataan yang angkuh kerana takut pada kelemahan sendiri.
Dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan semalam, Najib turut membuat kenyataan bahawa ‘Buku Jingga Pakatan lebih rendah nilainya daripada kertas yang digunakan’.
Menempelak kenyataan lemah Najib itu, Kit Siang berkata, jika Pakatan Rakyat bukanlah alternatif yang boleh dipercayai maka mengapa beliau terus menangguh daripada mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-13?
“Najib telah mencipta rekod terburuk apabila menjadi Perdana Menteri tanpa mandat pilihan rayanya paling lama berbanding Tunku Abdul Rahman, bapa beliau Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.” katanya.
“Apakah naluri untuk terus bertakhta menguasai beliau menyebabkan beliau terus terseksa untuk membuat keputusan bilakah waktu terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13?
Mengulas tindakan Najib memperlekehkan Buku Jingga, Kit Siang berkata, “Jika Buku Jingga Pakatan lebih rendah nilainya daripada kertas yang digunakan, mengapa Najib sentiasa mengelak daripada berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana itu akan memberikannya peluang untuk menggugat Anwar dan ide Buku Jingga.
“Kata-kata Najib tidak boleh dipercayai melainkan beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar dalam masa dua minggu dan serta-merta membubarkan Parlimen mengumumkan Pilihan Raya ke-13.
Perdana Menteri tersebut dan sebilangan besar menteri kabinet juga tidak berada di Dewan Rakyat pagi ini bagi sessi perbahasan Belanjawan 2013 yang baru dibentangkannya Jumaat lalu, mengukuhkan lagi dakwaan ketakutan beliau untuk berdebat secara terbuka.

–/ Roketkini.com
.

1 comment :

  1. Cakap yg merapu-rapu... xde kelas langsung...

    ReplyDelete