Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Boros, ketirisan dan rasuah punca ekonomi lembab – Anwar

KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kegagalan kerajaan Umno BN mengurus ekonomi dengan baik menyebabkan kelembapan ekonomi negara dan pendapatan rakyat tidak meningkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, kegagalan tersebut disebabkan kerajaan tiada tekad untuk membetulkan kelemahan asas struktur ekonomi akibat boros berbelanja, ketirisan dan rasuah.
Menurutnya, jurang pendapatan golongan kaya dan miskin juga kian melebar apabila 40 peratus rakyat berpendapatan terendah hanya berkongsi 14 peratus nilai ekonomi negara.
“20 peratus golongan terkaya (iaitu) keluarga dan kroni, yang dipertahan mati-matian oleh pemerintah dan tak disentuh sepatah pun dalam bajet, menguasai 50 peratus nilai ekonomi negara.
“Kerajaan tidak berani tegur golongan maha kaya yang kuasai syarikat besar dan memonopoli (ekonomi),” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi ketika berucap pada sesi perbahasan Bajet 2013 di Parlimen, hari ini.
Anwar berkata, laporan Ketua Audit Negara lalu juga menganggarkan ketirisan berjumlah RM28 bilion akibat amalan boros dan rasuah.
“Jumlah itu masih biasa, kerana Transparency International anggarkan kerugian RM40 bilion akibat tiada amalan tender terbuka.
“Walaupun wakil BN nafi, tapi rakyat boleh nilai bagaimana hutang RM589 juta tokoh korporat dihapuskan, dan wang National Feedlot Corporation (NFC) diseleweng untuk beli kondo,” jelasnya.
Beliau merujuk hutang Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli yang tidak perlu membayar semula hutangnya kepada dana harta.
NFC pula adalah projek bernilai RM250 juta yang dianugerahkan kepada keluarga bekas Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kata Anwar, prinsip tatakelola baik yang tidak diamalkan Umno BN adalah cara penyelesaian ekonomi terbaik, bukan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Selagi kerajaan tak kurangkan pembaziran dan rasuah, selagi itu ekonomi negara tidak dapat dipulihkan,” kata beliau.
.

0 Komen pengunjong :