Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu perbicaraan helah untuk tutup penglibatan Najib dalam Scorpene


KUALA LUMPUR 9 Oktober: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin percaya, dakwaan mengatakan tiada perbicaraan di Perancis bertujuan untuk menutup penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
“Kalau betul dakwaan pendakwa Perancis itu, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April lalu didakwa melibatkan skandal Scorpene.
“Atas kapasiti apa beliau ke sana, sedangkan kerajaan ada kumpulan peguam sendiri. Ini yang menambahkan kemusykilan,” katanya ketika dihubungi.
Pendakwa Perancis, Yves Charpenel mendakwa tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis seperti dihebohkan media, tetapi memberitahu semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Shamsul menyifatkan kenyataan itu mengelirukan, malah gagal meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat dalam skandal itu.
“Kes yang dikendalikan peguam Suaram di Perancis menuntut penjelasan berhubung penglibatan Najib, kalau beliau tidak terlibat kenapa William Bourdon dihantar pulang, sedangkan kedatangan beliau hanya untuk memberi taklimat.
“Kenapa Najib takut sangat? Najib patut beri peluang kepada Bourdan sekurang-kurangnya untuk buktikan beliau tidak terlibat,” ujar Pengerusi KEADILAN Melaka itu.
April lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen, surat yang didakwa ditulis oleh Shafee yang mendakwa bahawa dia telah dihantar oleh Najib dan Rosmah untuk “tugasan undang-undang yang sensitif” di luar negara dan “mesti dilengkapkan sebelum pilihan raya umum”.
Menurut Saifuddin, surat itu juga menyatakan bahawa “tugasan” tersebut memerlukan Shafee pergi ke beberapa bandar raya di luar negara termasuk New York, London, Dubai, Paris dan Basel.
Membidas laporan itu sekeras-kerasnya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, kenyataan itu bercanggah sedangkan siasatan kes sedang berjalan di mahkamah Perancis.
“Untuk pengetahuan, pendakwa semasa dalam pertuduhan kes tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.
“Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene,” kata Suaram dalam kenyataan.
.

0 Komen pengunjong :