Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Buru Suaram tapi benar kapal nuklear AS singgah


Setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata, tindakan kerajaan membenarkan kapal perang berkuasa nuklear Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang menunjukkan hipokrasi kerajaan yang giat memburu Suaram dengan dakwaan menerima dana luar negara.

"Tindakan BN cukup hipokrit kerana di dalam negara, kerajaan BN meningkatkan usaha untuk memburu Suaram dengan pelbagai tohmahan berkenaan dengan penerimaan dana luar negara.

"Tetapi di sudut yang lain, kerajaan dengan tangan terbuka menerima lawatan mesin perang AS ke negara kita," kata Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya PSM mengutuk sekeras-kerasnya persinggahan lima hari kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear USS George Washington bermula semalam – yang dilaporkan untuk "mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia".

"Tindakan ini hanya akan memperkukuh ketenteraan di rantau ini dan menggugat kedaulatan negara kita.

"Dengan membenarkan tentera AS memasuki kawasan laut dan tanah Malaysia, dan juga mewujudkan kerjasama ketenteraan yang rapat, hanya akan membantu memperkuat usaha imperialis yang diketuai AS untuk menguasai rantau Asia secara politik-ekonomi...," katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut, satu majlis bersama lebih 500 orang kenamaan Malaysia akan diraikan di atas kapal USS George Washington itu hari ini.

Laporan itu juga menyebut, kapal perang tersebut dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal tersebut memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 yang disifatkan sebagai "pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik".
.

0 Komen pengunjong :