Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Abim selar siaran filem kontroversi Hindustan

NONEAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah keras penayangan filem kontroversi Hindustan My Name is Khan yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan di TV3, terutamanya pada sambutan hari kedua Hari Raya Aidiladha semalam.

Naib presidennya Ahmad Saparudin Yusup mendakwa, filem itu mengelirukan dan mengandungi adegan amalan agama yang dipertikaikan, seperti kahwin campur Islam-Hindu dan pemberian zakat kepada bukan Islam.

"Aksi beliau (Shah Rukh Khan) dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan," katanya.

"Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam."

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Saparudin berkata, walaupun cuba menjawab persoalan Islamophobia, tanpa memahami Islam dengan mendalam, My Name is Khan jelas membawa mesej ‘Islam Liberal' dan pluralisme agama.

"Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam memahami ajaran Islam yang sewajarnya," kata Ahmad Saparudin.

"Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Aidiladha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.

ABIM juga mendesak agar penayangan filem itu tidak berulang, pengedarannya dihalang serta-merta dan stesen penyiaran harus lebih peka di masa akan datang.

0 Komen pengunjong :