Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Simbah cat, baling batu perbuatan orang jahiliah – Anwar


KOTA BAHRU 1 Sept: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan melontar batu dan menyimbah cat pada bas jelajah Merdeka Rakyat sebagai perbuatan orang jahiliyah di zaman moden.
“Ikut sejarah Islam, Nabi ke Thaif pun kena baling batu. Puak jahiliyah ini, kerja dia memang baling batu, baling cat. Jawablah.  Buat apa nak fitnah orang, nak aib orang, nak baling batu, nak baling cat?
“Negeri ini mahu diperintah secara teratur dengan rakyat dan pihak berkuasa atau mahu diperintah oleh samseng-samseng?
“Kamu buatlah. Baling batukah, baling catkah, lawan tetap lawan!” kata Anwar kepada penduduk Kelantan di perkarangan Pasar Besar Siti Khadijah di sini, pagi ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco kanan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan turut meluangkan masa melihat keadaan bas, pagi ini.
Sekalipun berdepan ancaman, siri jelajah Merdeka Rakyat peringkat Kelantan diteruskan dengan program di pejabat KEADILAN Cabang Jeli, Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Rui, Grik dan Pusat Khidmat Masyarakat Taman Tembusu di Pengkalan Hulu di Perak.
.

0 Komen pengunjong :