Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Serangan terhadap bas ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ tidak gugat jelajah PKR


PETALING JAYA, 1 Sept — Walaupun bas "Jelajah Merdeka Rakyat" diserang dengan batu dan disimbah cat merah, PKR hari ini menegaskan akan terus melakukan siri jelajah tersebut seperti yang dirancang. Timbalan presidennya, Azmin Ali menegaskan, tindakan serangan itu tidak akan membantutkan usaha PKR untuk menyampaikan mesej reformasi di seluruh negara.
"Jika tujuan serangan ini untuk menyekat kempen jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.
"Beliau (Anwar) akan meneruskan kempen ke Kedah, Perak, dan Perlis hari ini hingga Ahad menggunakan bas yang sama selepas siasatan pihak polis terhadap bas itu selesai," kata Azmin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Bas berkenaan telah diserang di Pasar Siti Khadijah, apabila ia di letakkan di lokasi itu untuk program awal pagi ini iaitu program pertemuan ketua pembangkang itu dengan pengunjung pasar berkenaan sekitar jam 4.20 pagi di dan disedari oleh petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas apabila dikejutkan dengan bunyi kuat.
Berdasarkan pemeriksaan, mereka mendapati cermin bas pecah di bahagian sisi hadapan pemandu akibat dilempar beberapa ketul bata simen dan kantung plastik berisi cat merah turut dilempar di bahagian pemandu bas berkenaan.
"Serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan menghalang bas ini meneruskan perjalanan dan membantutkan program ini," kata ahli parlimen Gombak ini lagi.
Sehubungan itu, PKR mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden ini, namun Azmin enggan membuat spekulasi pihak yang bertanggungjawab dalam insiden serangan tersebut.
Malah, Azmin juga menggesa rakyat agar menghukum parti politik yang menaungi budaya samseng seperti ini.
"Saya yakin, kali ini pun rakyat tidak mendapat sebarang maklum balas dari Datuk Seri Najib Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat.
"Ia seolah-olah satu rangsangan terus dari Najib kepada samseng lain untuk terus berlaku kasar terhadap mengancam keselamatan pimpinan utama PKR dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi.
Azmin turut menjangkakan insiden keganasan dan serangan akan meningkat dengan pilihan raya umum ke-13 dijangka berlaku tidak lama lagi dan beliau turut menyeru penyokong PKR dan rakyat untuk menolak budaya samseng ini dengan menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
"Saya yakin serangan akan meningkat dan PKR akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno BN."
Ekoran insiden tersebut, PKR telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 5.14 pagi tadi
Turut difahamkan, petugas PKR hanya membersihkan cat di cermin bas tersebut dan bas #jelajahmerdekarakyat itu akan meneruskan perjalanan dalam keadaan cermin yang retak memandangkan cermin berkenaan memerlukan tempoh seminggu untuk ditempah.
Bas berkenaan telah pun selesai menjalani siasatan pihak polis dan telah memulakan perjalanan, dan Anwar  dijangka akan bertemu petugas bas berkenaan di Grik, Perak.
Berkenaan permit penumpang bas terbabit, Azmin menjelaskan PKR telah pun memohon permit berkenaan sejak seminggu yang lalu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) namun pihaknya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas berhubung perkara itu.
"Kami berharap pihak bertanggungjawab dan berwajib dapat memberikan permit secara adil kepada kami.
"Apa-apa pun kita akan teruskan menggunakan bas itu untuk program jelajah kami," tambahnya.
.

0 Komen pengunjong :