KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
menegaskan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM)
tidak akan menjejaskan usahanya dalam mendedahkan penyelewengan dalam
isu Scorpene.
Penyelaras Suaram E. Nalini berkata, mereka percaya
dengan apa yang telah dibuat selama ini mempunyai perjuangan yang lebih
besar untuk dicapai.
"Bagi Suaram, kami berani kerana benar, "
katanya sebaik diminta mengulas sejauhmana usaha mereka meneruskan
pendedah isu Scorpene walaupun menerima asakan dari kerajaan.
Beliau
ketika dihubungi berkata, usaha mereka sepatutnya dihargai dalam
menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak asasi di samping melahirkan
masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai itu.
Baginya, Suaram
tidak akan berundur malah intimidasi sebegini bukan sesuatu yang baru
dan percaya mereka ditekan kerana berani mendedahkan rasuah dalam
pentadbiran negara.
"Selagi rakyat Malaysia berada dalam
penindasan dan berlakunya pencabulan hak asasi manusia, selagi itu
Suaram akan berada dengan mereka," katanya.
Beliau turut menyifatkan tindakan SSM sebagai gangguan ke atas Suaram dan percaya ianya bermotifkan politik.
"Ini
juga adalah satu gangguan ke atas badan hak asasi dan pejuang-pejuang
hak asasi yang perjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksaaman di
Malaysia.
"Semua ini bermula dan berlaku kerana kes Scorpene yang telah difailkan oleh Suaram di France," katanya.
Beliau
kecewa, kerajaan menggunakan agensinya seperti SSM, Perkeso, Bank
Negara dan sebagainya untuk meletakkan reputasi dan kredibiliti mereka
sebagai Ng yang tidak berdafta.
Justeru, Suaram bersedia untuk
disiasat siapa sahaja dan sehingga kini mereka telah pun memberi
kerjasama yang baik kepada kerajaan.
Terdahulu, Ketua Pegawai
Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) Mohd Naim Daruwish
menegaskan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Suaram berdasarkan
aduan yang diterima.
Pegawai SSM pada 5 September lalu mengeledah
pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif serta
merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu.
.
0 Komen pengunjong :