Anwar sedang menyampaikan amanah. |
Kalaulah majlis itu
tidak diganggu mungkin jumlahnya berkali ganda. Pihak pengajur khabarnya
telah tiga kali terpaksa mengubah lokasi kerana tidak mendapat
kebenaran. Beberapa sekatan jalan raya untuk meuju ke lokasi itu juga
diadakan bagi melecehkan perjalanan orang ramai.
Belum pernah
ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum
ini.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, hadir bersama timbalan presiden PKR Mohamed
Azmin Ali, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama timbalannya Mohamad Sabu,
Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama Setiasuaha Agungnya Lim Guan Eng.
Barisan pimpinan tertinggi PR. |
Lain-lain
pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd
Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah
Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.
Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim,
Abdullah Sani dan lain-lain.
Selain itu
semua pemimpnan tertinggi dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat peringkat
Sabah itu hadir.
Majlis malam
tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan
parti itu, Lajim Okim.
Program itu juga turut sama dihadiri bekas timbalan
presiden OPKO yang menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing, dan beberapa
yang lain.
Sebahagian dari hadirin. |
Walaupun
majlis malam tadi agak terganggu kerana angin dan hujan di namun orang ramai terus
berada dalam majlis berkenaan. Sikap ini menjelaskan orang ramai yang hadir
benar-benar ingin menyatakan perasaan masing-masing yang tidak senang dengan
kerajaan Sabah hari ini.
Beberapa
orang pemimpin turut berucap menyegarkan semangat sambutan hari Malaysia ke 49
itu; antara Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim selain tuan rumah
Lajim Okim.
Menafsir
himpunan malam tadi ia bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang
kebangkitan rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh yang
hadir terdiri dari kaum bumiputera bukan Islam dan orang Cina.
Seorang
pemimpin DAP dari Libaran ketika bebual dengannya memberi tahu dalam
pengetahuannya inilah himpunan terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang dihadiri
oleh semua pucuk pimpinan.
Kesesakan jalan raya kerana gangguan. |
Menurutnya
rata-rata dan di mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang memperkatakan
perubahan dan mahu tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya secara peribadi 20
yang saya tanya rakan Cina dari berbagai profesyen, 19 mereka mahukan kerajaan
UBN ditukar dan diganti dengan Pakatan Rakyat,” katanya.
“Saya yakin kerajaan BN akan bertukar dalam
pilihan raya akan datang,” katanya sambil membandingkan dengan gelombang semasa
rakyat bangkit bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan Berjaya dahulu
tidak sekuat hari ini.
Serorang pemimpin
kaum Kadazan-Dusun menyetujui pendapat itu dengan mengatakan, gelombang kali ini lebih
besar dan yang bakal mencatatkan sejarah baru di Sabah.
Bendera Pas melatari himpunan. |
“Saya tidak
mahu cakap banyak tetapi kalau melihat kepada kebangkitan orang ramai
seolah-olah kerajaan UBN akan jatuh pada bila-bila masa saja.
“Dulu rakyat
masih berasa malu mata kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari ini semua sudah
berani. Sebagai bukti lihat mereka yang datang hari ini, mereka tidak takut
lagi..” sambugnya.
Mereka yang hadir
juga juga seronok dan tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh para
pemimpin dalam ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut berucap memberi sekurang-kurang
tujuh janji kepada orang Sabah untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat
menang.
Manakala
Abdul Hadi dengan penuh sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana telah diabaikan
oleh kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana kesilapan dulu,” katanya menyebabkan
sebahagian sedikit hadirin terkaget.
Menurut Abdul Hadi rakyat tidak
maju dan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain walaupun ia memiliki
pelbagai sumber ekonomi ialah kerana BN yang mengabaikannya.
“Apa-apa
kekayaan disesebuah negeri itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri
berkenaan sebelum ia diagih kepda kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah ini
hendaklah diagih di Sabah ini,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.
Pernyataan
Hadi itu menjelaskan akan keadilan Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama
ini. Pernyataan itu juga sekaligus dapat menyapu kekeliruan sesetengah pihak
yang kabur mengenai bentuk atau prinsi-prinsip pemerintahan Islam yang adil dan saksama. [wm.kl.11:26 am 16/09/12]
.
-/http://msomelayu.blogspot.com
.
0 Komen pengunjong :