Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata
beliau lebih suka menerima konsep negara sekular berbanding negara yang
menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Tegas profesor
pelawat Universiti Oxford itu lagi, golongan agama "nampak buruk"
apabila kumpulan tersebut menggunakan agama sebagai alat politik.
"Politik
dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik.
(Tetapi apabila) agama dijadikan alat politik, saya lebih rela (terima)
negara sekular.
"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama
daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik,
sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.
"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.
Dr
Asri menegaskan beliau lebih suka negara barat yang tidak menggunakan
nama tuhan, daripada negara yang menggunakan nama tuhan sehingga tuhan
itu kelihatan zalim.
"(Tuhan) kelihatan macam menghalalkan kesalahan. Sebab itu berhati-hati dalam fatwa-fatwa agama," katanya.
Beliau mengulas satu
laporan akhbar
Utusan Malaysia pada Ogos lalu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.
Laporan
berkenaan memetik pandangan seorang guru pondok yang antara lainnya
menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan
negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Berucap dalam sesi
penggulungan di Konvensyen Fiqh Siasah di Shah Alam lewat petang
semalam, Dr Asri berkata, beberapa ahli parlimen DAP Pulau Pinang
menemui beliau berhubung isu berkenaan.
Beliau menjelaskan,
sekalipun guru agama itu "memakai serban dan mempunyai pondok", tetapi
guru tersebut belum berhak untuk "membuat keputusan yang besar" seperti
itu.
"Ada akibat besar, bila kata orang kafir harbi ni... Dr
Yusuf Qaradhawi cakap negara kafir harbi negara Israel sahaja, Amerika
tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian PBB dan sebagainya,"
katanya.
Tambahnya, kenyataan guru pondok berkenaan akan
menyebabkan pengundi sukar membuat keputusan apabila ia "diruncingkan"
lagi menjelang pilihan raya.
"Bagi orang Melayu, mengikut analisis pilihan raya, antara perkara yang akan mempengaruhi mereka adalah isu agama dan bangsa
"(Bila)
orang besar agama kata, tak boleh dia kata salah, dah tak boleh buat
keputusan dah," katanya sambil menggesa agamawan lebih memberi pandangan
alternatif kepada rakyat.
.
0 Komen pengunjong :