Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Presiden PKR gesa rakyat bangkit tentang budaya negatif


KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini menggesa rakyat Malaysia bangkit menentang budaya negatif sempena sambutan Hari Malaysia esok. Wan Azizah dalam perutusan sempenan sambutan itu menegaskan kejayaan sebenar untuk sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tiap-tiap tahun hanya akan tercapai apabila rakyat menolak budaya-budaya negatif tersebut.
"Kejayaan sebenar Hari Malaysia hanya akan tercapai apabila rakyat bangsanya berani bangun melawan budaya penyelewangan kuasa, rasuah serta penindasan warga bangsa," kata Wan Azizah dalam perutusan berkenaan.
Malah, beliau turut mengingatkan tanggungjawab untuk mendidik generasi muda untuk memaknai sejarah dengan fakta dan maklumat yang benar.
"Kita tidak mahu generasi baru ini terkeliru dengan fakta sejarah yang akhirnya sambutan Hari Malaysia berlalu hambar.
"Kita juga menggalakkan generasi muda meneroka dan mengkaji sejarah agar mereka kenal siapa dan bagaimana negara kita ini ditadbir dan siapa pula pewarisnya," katanya lagi.
Persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan tahun ini turut menyaksikan beberapa insiden serangan terhadap pembangkang.
Kempen menggunakan bas dalam Jelajah Janji Merdeka Rakyat dengan sambutan Hari Malaysia esok dengan menggunakan kempen bas dua tingkat telah diserang beberapa kali termasuk yang terbaru di Tangkak, Johor apabila disimbah cat merah buat kali ketiga sejak dilancarkan.
Insiden itu berlaku dalam jelajah sehari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari di Johor, bertemu penyokong parti di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Skudai. Anwar bagaimanapun telah berlepas ke Sabah hari ini.
Turut menerima nasib sama adalah pejabat DAP - parti komponen PR - yang turut disimbah cat merah di Pulau Pinang.
PKR juga telah mengecam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang enggan memberikan jaminan keselamatan terhadap Anwar dan rakan-rakannya yang terlibat dalam jelajah berkenaan.
"Tiada jaminan diperlukan. Ia diputuskan oleh rakyat Johor sendiri. Saya rasa PKR sedar perkara ini dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana," katanya.
Hishammuddin berasal dari Johor, tempat kelahiran Umno dan menjadi kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang yang harus dilaksanakan pada 2013.
Ketiga-tiga parti dalam PR - DAP, PAS dan PKR, telah melakar sejarah apabila memenangi empat negeri ketika pilihan raya umum 2008 dan menafikan kuasa dua pertiga majoriti BN.
.

0 Komen pengunjong :