Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut.

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

"Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil.

"Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka.

Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja.
.

0 Komen pengunjong :