Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN lancar Jelajah Merdeka Rakyat ke selatan, treler ikut berkonvoi


PETALING JAYA 7 September: KEADILAN melancarkan siri kedua jelajah Merdeka Rakyat dan kali ini rombongan yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memulakan perjalanan ke Negeri Sembilan dengan diringi sebuah treler yang turut dilancarkan pagi tadi.
Perasmian yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat KEADILAN, di sini disempurnakan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara itu dimulakan 31 Ogos lalu selama dua bulan.
Pada siri pertama program itu, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama konvoi bergerak dari ibu pejabat KEADILAN menyelusuri tiga negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan berakhir di Perlis.
Bercakap pada sidang media sempena pelancaran Treler Pentas Bergerak Merdeka Rakyat, Wan Azizah menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa negara akan bertambah buruk jika ditadbir Pakatan Rakyat.
Katanya, dakwaan itu sama sekali tidak berasas.
“Saya tidak ingin namakan (siapa yang buat dakwaan itu)…kita sudah merdeka selama 55 tahun, dah lama kita beri peluang (Umno BN perintah negara),” katanya.

Amaran kepada samseng Umno
Beliau juga mengecam tindakan samseng Umno yang merosakkan bas Merdeka Rakyat di Kelantan minggu lalu.
“Lebih baik anda buat bas sendiri dan jangan kacau bas kita. Saya harap bas dan treler ini akan selamat sepanjang program. Semoga peristiwa buruk itu tidak lagi berulang,” kata beliau.
Pada jelajah sulung hujung minggu lalu, cermin hadapan bas Merdeka Rakyat dipecahkan dan dibaling cat merah oleh samseng Umno ketika berhenti di Kota Bharu.
Tamat sidang media itu, bas terus bertolak untuk menjemput Anwar di KLIA dan berkonvoi ke Port Dickson, destinasi pertama untuk jelajah kali ini.
Selepas Negeri Sembilan, konvoi akan diteruskan ke Melaka dan Wilayah Persekutuan merupakan destinasi terakhir untuk siri kedua ini.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir berkata, idea program jelajah ini dicetuskan pimpinan pada 2007.
“Namun pada masa itu, kita tiada sumber dan syarikat bas juga takut untuk berurusan (dengan KEADILAN),” katanya.
Idea penggunaan treler pula, jelas Nik Nazmi, ditimbulkan oleh sekretariat parti untuk menjimatkan kos.
“Ceramah perlukan pentas lengkap dan sistem siaraya. Ia tidak murah. Sebab itulah kita adakan treler sendiri supaya dapat menjimatkan kos,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu lagi.
.

0 Komen pengunjong :