JASIN: Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga
kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali
lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.
Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam
perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin
kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara
terang-terangan.
Kejadian
itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan
bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata
penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi
Malaysia Kini percaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.
“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” katanya.
Minggu
lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala
cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan.
Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri
Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi
itu kemudian meneruskan perjalanan.
Mengikut
jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di
Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan
PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.
Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka
untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok
Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam.
Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka
Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
.
Gelagat diaorang ni macam Ah Long...
ReplyDelete