PETALING JAYA 9 OGOS : Umno-BN kini memulakan kempen pelampau agama
melalui akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa haram dan berdosa menyokong
DAP, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Anwar, Umno-BN sepatutnya memberikan tumpuan kepada usaha
membangunkan negara serta memperjelas dasar masing-masing dan bukannya
memainkan sentimen agama dalam menghasut rakyat
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menambah, Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak sebelum ini menyebut jangan menggunakan agama demi
kepentingan politik namun media Umno-BN terus menghebahkan hukuman untuk
menyinggung kedudukan PAS.
“Kita memandang berat kempen ini yang dimulakan Umno menggunakan
medianya Utusan termasuk menghukum haram dan berdosa untuk menyokong DAP
kerana DAP tidak sokong negara Islam dan hudud padahal MCA juga tidak
menyokong perkara sama.
“Bahkan Umno sendiri mengikut surat Dr Mahathir (Mohamad) kepada
kerajaan Kelantan menolak kemungkinan melaksanakan hudud di Malaysia
manakala pada 29 September 2011, Najib memaklumkan hudud tidak akan
dilaksanakan di Malaysia selagi beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya
selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu
Pejabat PKR.
Utusan semalam melaporkan, haram dan berdosa bagi umat Islam
menyokong DAP yang menentang hukum hudud dan negara Islam berdasarkan
kenyataan, Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah.
Jelas Anwar lagi, Pakatan Rakyat tetap kekal dengan pendirian untuk
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam kekal sebagai agama
rasmi.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, laporan Utusan
berkenaan jelas berbentuk hasutan yang tidak bertanggungjawab dan boleh
menimpulkan konflik agama di negara ini.
Menurut beliau, satu laporan polis terhadap Utusan dibuat oleh
pimpinan DAP di Perak dan Pulau Pinang berhubung perkara berkenaan.
“Isi kandungan (laporan Utusan), DAP menentang perlembagaan khasnya
mengenai kedudukan agama Islam. Itu tidak benar. Pendirian kita adalah
terima dan hormat peruntukkan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama
rasmi.
“Pendirian kita tidak berubah Malaysia sebagai negara sekular dengan
Islam sebagai agama rasmi. Sebenarnya kedudukan yang dibuat DAP tidak
berubah dengan kedudukan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang pertama
Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
“Mereka sangat jelas menyatakan bahawa Malaysia mengikut Perlembagaan
sebagai sebuah negara sekular tetapi sangat jelas Islam sebagai agama
rasmi.
“Ini merupakan langkah terdesak segelintir pemimpin BN yang mungkin
akan hilang kuasa. Adakah mereka ingin buat konflik agama di Malaysia?
Perdana Menteri perlu minta Utusan hentikan (perkara ini),” ujar beliau.
.
0 Komen pengunjong :