Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

TERKINI Dataran Merdeka : Orang Ramai Mula Berkumpul


KUALA LUMPUR 30 OGOS : Walaupun countdown Merdeka di Dataran Merdeka dibatalkan, lebih 4,000 orang telah memenuhi kawasan luar padang Dataran Merdeka di sini untuk himpunan “Janji Demokrasi”.
Tinjauan TVSelangor mendapati walaupun dataran bersejarah itu di penuhi anggota polis, orang ramai yang berhimpun mula melaungkan slogan “Bersih” dan “Ubah”.


Setakat ini keadaan masih tenang dan anggota polis kelihatan mengawasi benteng yang didirikan sekeliling dataran.
Countdown yang biasanya diadakan julung kali di dataran untuk menyambut Hari Merdeka tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.


Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.


Himpunan yang dinamakan “Janji Demokrasi” itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan  47 NGO.
Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.
.

0 Komen pengunjong :