KUALA
LUMPUR — Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook
milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk
pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh
agama Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan
pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13
yang bakal diadakan.
Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk
jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan
sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan
berkatimu, anakKu).”
Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah
mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna
Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu
yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan
sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari
sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia.
“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama
rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP
sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah
terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun
sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan
Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya
dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.
“Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...
so, someone go report this admin to police station...
this is serious matter
[jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ...
boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud,” kata seorang lagi pengguna
Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.
Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus
Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam
Pakatan Rakyat (PR).
Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali
menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti
untuk tuduhan itu.
“Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina
islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP
jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam.
Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di
laman Facebook Pemuda Umno.
Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut
menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat
Malaysia tidak menyokong PR.
“Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di
bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama
bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan
islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk
kepentingan peribadi," tulis Agazaman.
DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media
arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya
disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.
Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat
akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan
panggilan untuk melaksanakan hukum hudud.
Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan
pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya
umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.
Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar
Utusan Malaysia pada tahun lalu.
Tahun lepas,
Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak
berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP
berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan
seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian
di Malaysia.
Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut.
Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
“
That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not
administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is
responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno.
Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba
mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu
The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall"
Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.
“Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk
nyalakan sengketan antara agama),” kata ketua de facto PKR itu di akaun
Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu
itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah.
.
0 Komen pengunjong :