‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi
UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan
‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar
dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh
pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat
peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah
diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa
kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.
Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang
terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di
hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat
dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang
Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan
orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima
PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.
Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti
yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka
memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu daripada strategi untuk
mengelakkan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam
posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya
UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika
kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah-belahkan oleh UMNO maka
keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah ‘predictable’.
Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan bahawa filem
itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya
tragedi 13 Mei ’69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan
sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan
menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat
kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan mahkamah jika cukup
kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan
politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.
Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin
maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil
tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat
yang berdasarkan pada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang
menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia
bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga
kepentingan kesemua kaum di negara ini.
Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya
diburukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat
pula yang bersabar dengan tindak-tanduk BN untuk mengelakkan pergaduhan
antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang
memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk
menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan
benci-membenci di antara kaum.
Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah
supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya
menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau
bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana
rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti
pemerintah sekarang ini.
Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara
kerana ingin terus berkuasa dengan memecah-belahkan rakyat. Bagi LKS,
beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau daripada korban fitnah
yang tidak terperi kotornya ini.
LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah
mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan
tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang
bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai
kepada generasi kita yang akan datang.
Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan
kotor sesetengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak
ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak
tersebut.
Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis
kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang ‘ultimate’, iaitu
penyatuan semua kaum dan mencapai tahap ‘national unity’ yang optima.
Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang.
-/ http://aspanaliasnet.blogspot.com/
.
0 Komen pengunjong :