TASEK GELUGOR- Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.
Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan
keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan mereka
dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.
"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400
sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai
tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.
"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut
memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian
sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara
di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.
Turut hadir dalam program itu tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim
Hock Seng dan Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Pegawai
Daerah SPU,Haji Jasni Haji Ismail dan semua penyelaras Dun peringkat
Seberang Perai Utara.
Dalam ucapannya juga, Lim Guan Eng mempersoalkan apa makna
kemerdekaan Malaysia sedangkan rakyat hidup sengsara dicengkam
kemiskinan dalam sebuah negara yang kaya hasil buminya.
Menurut beliau, Malaysia sebuah negara yang kaya tidak sepatutnya
mempunyai ramai rakyat miskin terutamanya negeri Trengganu yang penuh
dengan minyak dan Sarawak yang banyak kayu kayan yang bermutu tinggi.
"Apa maknanya sambutan kemerdekaan bagi rakyat walhal mereka tetap
hidup melarat, senggsara dan berada di paras kemiskinan setiap masa
sedangkan Malaysia mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Sebagai
rakyat mereka patut sedar di mana perginya keuntungan hasil keluaran
harta negara, " tegasnya.
Justeru itu, untuk mengatasi masalah terbut Pulau Pinang berjaya
sebagai negeri pertama melaksanakan Program Miskin Tegar demi
menyelamatkan golongan yang selama ini berada di paras terlalu miskin.
Kerajaan Pakatan Rakyat ada beberapa cadangan lagi untuk membebaskan
rakyat yang selama ini miskin tidak dapat merasai kenikmatan hidup
berada dalam sebuah negara maju dan kaya namun cadangan tersebut akan
diumumkan tidak lama lagi.
Sewajarnya sambutan kemerdekaan yang ke 55 turut dikongsi bersama
rakyat bukan terus menindas dengan pelbagai akta, harga barangan,
petrolium dan sebagainya.
Bahkan sampai saat ini sambungnya, Kerajaan Persekutuan masih belum
memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri hasil kememangan rakyat pada
2008 sebaliknya menyalurkan kepada wakil Kerajaan Pusat yang ada di
negeri ini.
Akibatnya, wujud penyalahgunaan kuasa, projek kroni dan seumpamanya. Yang mana akhirnya menjahamkan negara sendiri.
"Saya akui amat susah jika tiada bantuan dari Kerajaan Persekutuan
untuk memajukan pembangunan. Tetapi nak buat macamana Kerajaan
Persekutuan tidak berikan.
"Maka, sebab itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kena cari alterenatif
lain untuk memajukan negeri dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat agar
jauh dari jurang antara kaya dan miskin, " katanya.
.
Mondy diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
10 hours ago
0 Komen pengunjong :