KUALA
LUMPUR, 13 OGOS: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak akan mampu
untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah jika ia
tidak dibenarkan mengenal pasti siapa yang terlibat dan mengapa mereka
memberi kerakyatan Malaysia kepada orang asing secara haram, dan ia
tiada kuasa untuk mencadangkan hukuman kepada pesalah-pesalah.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, ia merupakan wayang
pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian
merosot terhadap Barisan Nasional Sabah, ekoran rasa puas hati rakyat
serta pemimpin Sabah yang ditipu oleh BN selama 25 tahun.
Katanya, adalah jelas bahawa
pengumuman RCI itu adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti.
Beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional
Sabah yang kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan
masalah pendatang asing negeri itu meninggalkan BN dan mengisytiharkan
sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Setajat ini, mereka adalah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred
Mojilip Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang
terbaru Senator Datuk Maijol Mahap.
Kata Lim Guan Eng, jika Perdana Menteri Najib Razak betul-betul
ikhlas untuk membebaskan Sabah daripada kebanjiran pendatang asing, RCI
itu sepatutnya sudah lama ditubuhkan.
“Tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di
negeri itu telah diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah
dan sama ada mereka telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih.
“Kegagalan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang
bertanggungjawab seperti RCI Sabah kepada pendatang asing ini seperti
tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat
Sabah,”katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Guan Eng, masa penubuhan RCI Sabah itu juga jelas membuktikan
bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya apabila secara tergesa-gesa
ditubuhkan di ambang pilihan raya dan sehingga kini menjadi persoalan
tentang penubuhannya.
Beliau menjelaskan mengikut unjuran, jumlah warga asing di Sabah
adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau
peningkatan 390% daripada 651,304 pada tahun 1970, iaitu satu
peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200% di Semenanjung
Malaysia.
“Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat
tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah
direbut,” ujarnya.
“Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat
ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang
dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata”
tambahnya
–/ roketkini.com
.
0 Komen pengunjong :